Monday, June 22, 2009

Dpt JACKPOT la....WOW!!!!!

Ceria muka customer aku nie bila udang yang dinaikkan ada ikatan benang diekornya sekali gus dia dpt RM10.00 dan hanya bayar rm3.00 sahaja sepanjang tempoh sejam dia memancing.....Cayala....



Tenang fikir bila tgk gelagat udang2 harimau nie didlm aquarium.....



Anak buah kesayanganku....

Mlm minggu hr tu anak buah kesayanganku "Dania Qistina" tido umah aku....Dah lama sgt2 aku x jumpa dia...Hbs puas aku cium n gomol pipi dia....Hehehehehe....So bla pagi ahad tu, org umah aku ajak cari bfast kat food court sec.2....Aku bwk sekali si comel nie.......

Dania Qistina dgn gelagat dia...Hehehehe...masa nie aku dia baru jer lps makan roti canai n minum teh o ais.....

Best....

Kedai pancing udang dah bertukar restoran la...Hahahahahaaa....Lauk2 nie semua siti masak....Aku plak ajak la customer mkn sekali...Kira join da club la....Huakakakaaka....

Friday, June 19, 2009

Done!!!!!

Banner dah pun di gantung dan stok rokok dh sampai dan siap utk dijual.....



Aku sedih.....

Semlm bila aku balik dr kejer, aku rasa pelik sgt sbb kepulangan aku dipintu pagar macam x der yang menyambut aku...Selalunya bila aku sampai dipintu pagar, "ABU" Golden Arowana yang aku bela selama 5thn(5x Raya) terbaring dipermukaan air....Selalunya dia nampak aku, dia pasti akan mencium cermin aquarium....Huhuhuhu....Aku bela dia dari dia bersaiz 9cm (sepanjang jari telunjuk) dgn harga rm480.00...Yang aku terkilan sgt masa tu dia masa bernyawa lagi than aku trs pindahkan dia kedlm besen....Pastu tgh aku usap2, dia terus jer menghembuskan nafas terakhir... Aku mula t'pikir bahawa "ABU" tunggu aku utk pergi selama2nya.....Aku terlalu sayg kat dia sgt2... Setiap kali aku cuci Aqurium tu, dia pasti akan mengusap bdnnya ke tangan aku nie....HUhhuuu... Kini aqurium tu hanya tinggal blue lobster jer.....Hmmmmm.....



Thursday, June 18, 2009

wah.......

Pagi td sebaik saje aku sampai kat meja aku, aku tgk ada bungkusan hadiah utk aku....Bila aku buka rupa2nya sehelai baju batik berwarna putih yang dihadiah dari tempat lama aku bertugas di Unit Teknologi Maklumat(IITU)....Em...Terdapat catatan "SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU" Ikhlas dari Staf IITU

Gelagat Org Umah aku......

Org umah aku nie kalau dtg kesini, aku suka sgt tgk gelagat dia....dia pasti akan bermain dgn udang2 didlm stor ataupun di dlm kolam utama...Mcm2 la org umah nie.....Huakakakkaakaa......




Gambar pada hari sabtu dan ahad yang lps......



Siti tengah bakar udang sbb ada permintaan dari pemancing....Hmmm....


Ha....regular customer aku nie....Hasil tangkapan dia selama 3jam sebanyak 3.2kilo...Huh....
banyak tu......


Hmmmm.....

Wah....lama benar aku x buat posting kat blog aku nie....Masa dan keadaan x mengizingkan walaupun kat kedai mancing udang abg ipar ipar aku ada menyediakan perkhidmatan Wifi..... Tambahan lagi 3 hari aku dan org umah aku bercuti di Peneng tapi x jadi..Huakakakkaa........ Blh jadi gila aku time tu....Bila ingat2 balik rasa mcm nak mengamuk jer....Dah la aku susah nak amik cuti tp bila dah ada peluang mcm tu, tiba2 jadi menda lain plak...Issssskkkkk......

Pastu semlm aku ptg aku bwk org umah aku pie Butik Munawarah di Damansara sbb org umah aku nak cari tudung yg sekarang nie tgh menjd kegilaan bagi setiap kaum hawa....Hmm....Pastu plak aku singgah sekejap di One Utama...Mula2 tu cadangannya utk makan jer..Tp bila jer ada kat situ, aku dan org umah aku bli kasut baru....Nike n Crocodile...Dah lama rasa aku x pakai sport shoes..Hah, kat sini baru la aku nampak senyuman yg paaaaling ikhlas dr org umah aku nie......


Friday, June 12, 2009

Penambahan garam....

Selepas semua customer balik dan pengosongan kolam iaitu mengeluarkan kesemua udang didlm kolam utama, aktiviti penambahan garam...Penambahan garam nie bertujuan utk meningkatkan tahap kemasinan air kolam utk mendpt bacaan yang paling terbaik iaitu sekitar 23-24....Sekiranya tahap kemasinan air kolam ialah 20 kebawah, maka udang2 x akan makan umpan dan hanya berdiamkan diri sahaja serta x agresif....Sebanyak 7kilo garam laut yang dibeli oleh Vincent...Hmm....7kilo tu pun masih kurang lagi utk saiz kolam 40kaki panjang nie......Hmmm.....

Abg ipar aku tgh menuang air garam...



Vincent tengah check tahap kemasinan air setlh ditambah garam....

Thursday, June 11, 2009

Vincent dtg.....

Mlm td Vincent datang utg check tahap kemasinan air dan kecerdasan udang....Vincent nie ada kolam mancing udang gak kat equine park, sri kembangan....Dia banyak memberi nasihat, dorongan dan pendek kata banyak membantu.....sSatu2nya bangsa cina yang memberi bantuan pada peniaga melayu dan ingin menlihat perniagaan melayu maju.....Kira dia nie 'SIFU' kepada kami....Thanks to Vincent.......


Menanti......

Para pemancing sedang menanti udang 'JACKPOT' utk menjamah umpan...Hehe......Nak tau udang 'JACKPOT' tu apa mendanya, sila la datang ker 'Syioknyer Mancing'.....Kalau x tau dimana letaknya 'Syioknyer Mancing', sila la hubungi saya ditalian: 014-6217723/019-3000325 (Rafi).. Hehe...




Aduh....ku ingat dpt udang 'JACKPOT' rupa2nya x bkn udang 'JACKPOT' la....Huuhuhuhuhuh.....

Tuesday, June 9, 2009

BUAT PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI - and most important reminding my own self...

25 Perkara yang tidak disukai suami

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar die. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. "..eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

Dan yang paling penting sekali rajin rajin la melayan atau berborak dengan suami. Jangan asik sisuami sahaja yang meramahkan mulut dia pada isterinya....serta memberi respond pada setiap cerita dari sisuami...


Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan...

test....

Abg ipar aku nie tgh test generator tp malangnya generator nie rosak.. X blh nak supply tenaga elektrik....Huhuhuhuhu......







Cina nie selalu gak dtg ker sini tp pg td dia dtg utk memborong udang utk restoran dia...Sebanyak 7 kilo dan aku mmg dah packing sekilo2...Hehehe..


Abg ipar aku tgh close account.....

Monday, June 8, 2009

Banner....

Baru sebentar td aku selesai menempah banner utk "Syioknyer Mancing"....Company banner tu sanggup dtg jumpa aku di INTEC....Hehehhee......

Iklan dan meeting......

Lps jer kita org buat meeting, aku dan abg ipar aku terus jer selesaikan job yang diberi semasa meeting iaitu membuat iklan "Syoknyer mancing"......Emmm....Penat tu.....

Meeting........



Aktiviti penampalan poster2 syioknyer mancing.....Dah macam masa2 nak pilihan raya plak...


Nielah adik ipar aku yang pakar membuat poster iaitu Syam.....


Dan yg nie plak sebahagian aktiviti yang terdapat di 'Syioknyer Mancing'.....
Siti sibuk membakar udang Fresh utk diberikan pada pelanggang.......

Regular Customer